Lelaki dan perempuan bukan pesaing tetapi pelengkap π
coretan petang~
"Men are from mars,women are from venus" by John Gray~
buku ni sangat best sebab banyak benda yang kita boleh belajar tentang sifat lelaki dan perempuan.hakikatnya lelaki dan perempuan adalah makhluk yang sangat berbeza.tidak akan pernah sama.
Dalam buku ni,John Gray menghidangkan pada kita tentang sifat lelaki dan perempuan.
Ragam orang Marikh~
Dalam planet marikh (konon-kononnya), orang marikh (lelaki) diajar agar sentiasa mementingkan kekuasaan,kecekapan,kebolehan dan pencapaian.mereka akan rasa hebat apabila berjaya mencapai sesuatu/menyelesaikan masalah mereka sendiri/orang lain dgn usaha mereka sendiri.ini tanda kehebatan mereka.wah ππ»
sebabtu apabila seorang perempuan mempunyai masalah, si lelaki akan terus menawarkan jalan penyelesaian kepada si perempuan.mereka akan dengar masalah seketika kemudian segera memakai topi "Mr.Fix it" dan berkata kepada perempuan tersebut,"awak patut buat macamni,macamni dan macamni"
Bagi orang marikh,menawarkan jalan penyelesaian adalah tanda kasih sayang kepada si perempuan.malangnya,si perempuan pula merasakan mereka tidak dihargai dan tidak disayangi.
sebabtulah ramai perempuan merungut yang lelaki bukan pendengar yang baik.
Ragam orang venus~
Di planet venus pula, (konon-kononnya) orang venus (perempuan) pula sangat mementingkan hubungan berbanding kerja.mereka sangat menitik beratkan kasih sayang,komunikasi,kecantikan dan hubungan.meluahkan perasaan dan memberi nasihat tanpa diminta adalah tanda kasih sayang sesama mereka.
Sebabtu apabila si lelaki mempunyai masalah,perempuan kebiasaanya akan memberi nasihat dan cadangan tanpa diminta.mereka seolah-olah menjadi "jawatankuasa home-improvement" dengan memberikan bermacam-macam nasihat untuk si lelaki.bagi orang venus,memberikan nasihat dan bantuan tanpa diminta adalah tanda kasih sayang.tapi malangnya,nasihat yang diberi cukup menyakiti si lelaki.si lelaki akan merasakan yang mereka tidak mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri dan ini membuktikan bahawa diri mereka lemah.si lelaki juga menganggap si perempuan cuba mengubah dan memperbaiki dirinya.
tapikan, inilah yang selalu perempuan buat π
hmm baru tahu~
apa apapun kesimpulan yang boleh dibuat adalah,
lelaki perlu ingat,ketika perempuan sedang kecewa atau bercakap mengenai masalahnya,tidak sesuai utk si lelaki menawarkan idea dan solusi.sebaliknya menjadi pendengar yang baik.
perempuan juga perlu ingat,
kurangkan memberi nasihat.sebaliknya menganggap yang si lelaki mampu menyelesaikan masalahnya sendiri selagi dia tidak minta bantuan.ini akan membuatkan si lelaki berasa diterima dan dipercayai.
hmm,perbezaan yang wujud membolehkan kita saling melengkapi antara satu sama lain.Maha suci Allah,sebaik-baik pencipta π
jadi..
hargai,hormati dan raikan perbezaan sesama kita dan tambahkan rasa kagum kita padaNya :)
sungguh,Allah maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
salam petang~
#justsharing


True. Lelaki dan perempuan sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain.
ReplyDeletePokerStars Casino No Deposit Bonus Code - JTM Hub
ReplyDeletePokerStars Casino No λλμ² μΆμ₯μλ§ Deposit μμ° μΆμ₯μ΅ Bonus Code is available now. μμ΄ μΆμ₯μλ§ Pokerstars Bonus Code, $25 No Deposit Bonus & μ¬μ² μΆμ₯μλ§ $500 Free Poker λν΄ μΆμ₯λ§μ¬μ§ Bonus!