berdendam? perlu ke?


nak tanya, ada ke orang kat dunia ni tak pernah rasa sakit hati? tak pernah marah? tak pernah sedih?

tak ada.

rasa berdendam tak? sangat.

sebab kita manusia biasa.
tipulah kalau tak pernah rasa berdendam kan? sebab nama pun manusia. rasa geram kalau orang yang sakitkan hati kita tu tak dibalas dengan apa yang sepatutnya dia dapat.
termasuklah aku sendiri.
ntahlah.
kadang-kadang rasa malu je sebab  tak mampu nak ikut apa yang rasulullah dah ajarkan.
hm, rasulullah yang banyak kali disakiti pun tetap memilih untuk terus membalas dengan kebaikan, kan?
ingt tak kata Imam Hassan al- Banna?

"Jadilah seperti pokok, saat orang membaling batu kepadamu, kau membalasnya dengan buah yang ranum."  

tapi dah nama pun manusia kan?

tapi kan dhia, cukuplah bagi alasan sebab kita adalah 'manusia biasa'.
malu.
Allah kan dah claim kita yang kita ni sebaik-baik ciptaan..
sampai bila kita nak jadi manusia lemah kan? *pujuk diri.
bukan ke Allah dah selalu bagi kita peluang untuk sentiasa perbaiki diri. bukan setakat peluang je, siap guide lagi. sama ada kita nak buat atau taknak. tapi kebanyakannya manusia selalu buat tak endah je. yelah, bila ego dah mula menguasai diri.

baiklah.

ada suatu hari tu,
aku ada terbaca satu ayat ni, bagi aku, ayat ni sangat beri inspirasi.

" balas dendam yang terbaik adalah dengan menjadikan diri jadi lebih baik."

Alhamdulillah.
suka sangat dengan ayat ni.
first time baca ada juga balas dendam yang baik. kah
yelah, balas dendam ni bukan sifat yang baik kan, kalau nabi tahu kita ni orang yang suka berdendam, malu je.
tapi nasib baik ada dendam yang baik. haha
so,

berdendam? perlu ke?

bagi aku, perlu.

tapi, balas dendam yang macamana?
yang macam tadi lah aku cakap. balas dendam dengan menjadikan diri jadi lebih baik.
kalau kita pilih dendam yang macamni, aku rasa makin baik seseorang tu. yelah, mana taknya, semakin banyak dia berdendam, semakin banyak lah dia berusaha untuk perbaiki diri.
aku pun rasa, maybe inilah yang sepatutnya aku buat dari dulu lagi. bukan simpan dalam hati, pendam sampai mati. bahaya. nanti rosak pulak hati aku ni.
taknaklah.

maka, perlunya aku berdendam dengan menjadikan diri jadi lebih baik.
dan, aku pilih untuk jadi pokok.

Hai orang yang pernah menyakiti hati ini, terima kasih.
kau beri aku dorongan untuk jadi yang lebih baik.
moga Allah limpahkan rahmat buat engkau :)




Comments

Post a Comment

Popular Posts