Kalian sentiasa dalam carta hati cikgu :)

Bismillah~
Fuh lama dah tak mengapdate haih. busy katakan.ceh~ tapi busy ni dah nak habis dah sebab praktikum pun dah hampir ke penghujungnya! lepasni boleh lah baca buku banyak banyak yayyy eh tak tak lesen kereta kena habiskan dulu lepastu kena cari kerja sementara tunggu graduasi.Ya Allah tak sabarnya~ okay okay tu nanti cerita.
harini  kak d nak cerita sikit. cerita sedih. harini hari last kak d jumpa anak murid kesayangan *kesat air mata*. kalau nak diikutkan 11 mei baru habis means minggu depan lah but next week diorang dah cuti sebab exam, so minggu ni lah last jumpa. terasa tau. serius. sebab bayangkan dah 3 bulan praktikal mengajar, rasa macam dah part of life tau. kalau sebelum ni tiap-tiap malam akan siapkan rph dan bbm, pukul 12.30 dah start untuk siap-siap ke sekolah, pukul 3.30 sampailah 6.30 masa banyak habis kat sekolah. mengajar, bergurau dengan cikgu-cikgu, jaga budak solat~ ya Allah tu kenangan yang paling terindah and after this, tak ada lagi dah life macamtu hmm sedih sangat.
hmm its okay, lumrah kehidupan kan? *senyum positif*
so, apa apa pun ni kenangan yang paling indah and banyak mengajar aku macamana nak jadi cikgu yang terbaik. dari sudut psiko budak,kak d rasa kak d dah nak masyi lah hahahahaha hm hm dan, at the end, murid ni lah yang paling berharga dalam hidup kita. i feel it now. kadang-kadang sampai tahap bila murid bagi present, kita rasa suka tapi kita jadi lebih pilih untuk nak stay dengan diorang, taknak pindah kemana-mana.haha
teringin pula nak cerita masa awal-awal praktikum. tapi sebelum tu nak cerita dulu, kak d ngajar darjah 2 dan 4. and kak d paling rapat dengan darjah 4. idk why mungkin sebab darjah 4 ni dah besar sikit so senang jadi sahabat. okay darjah 4 tu 4 Yusuf. kalau tengok kat ig or fb kak d, kak d lebih banyak update tentang 4 yusuf ni. kenapa ek? haha ntah la, kak d rasa macam terhibur sangat bila masuk kelas 4 yusuf ni. padahal sebelum ni kelas 4 yusuf bukan pilihan kak d (masa awal-awal praktikum lah haha). masa awal-awal praktikum tu, kak d pilih kelas lain tau sebab masa kak d masuk kelas lain tu, kak d tengok  budaknya baik sangat, dengar cakap. sekali syahira yang dapat kelas tu hahaha so kak d dapat lah 4 yusuf ni. erm sedih juga la. lepastu guru besar suruhlah masuk kelas 4 yusuf tu untuk biasakan diri. peh masa tu macam takut tau, sebab sebelum ni kak d ada masuk sekejap kelas tu sebab relief. kelas tu ya Allah budaknya hiper juga lah, riuh. kak d bukan apa, risau kak d kena buli je hahahahahaha tapi haih nak taknak masuk je la.lepas 2 minggu mengajar tu, kak d dah rasa macam terhibur, apa yang kak d sangka sebelum tak pun. makin sayang adalah. rasa macam taknak kelas lain haha idk why, pelajarnya menghiburkan sebenarnya. tak adalah sampai tahap riuh diorang tu macam nak buli. haha. Alhamdulillah, pilihan Allah tu selalunya terbaik. nak tahu, 4 yusuf ni memang riuh, tapi yang kelakarnya bila pensyarah datang untuk selia, peh diorang punya berlakon tu macam pijak semut pun tak mati. baik sangat hahahaha sampai kak d pernah kata dekat diorang, kalian memang the best actor for 2017 hahahahaha geli hati sangat tengok. Alhamdulillah dengan kerjasama diorang, segala urusan penyeliaan kak d dipermudahkan dan Alhamdulillah juga, kak d dapat rentas dalam praktikum. thanks anak murid sebab beri kerjasama yg baik pada cikgu hehehehehe so rentas dalam praktikum juga adalah satu kenangan yang paling manis! :D

now...
dah tiba saatnya untuk kak d tinggalkan diorang. Ya Allah rasa sedih sangat. rasa macam nak je kerja kat sekolah tu biar hari-hari dapat jumpa 4 Yusuf. tapi sayangnya kat sekolah tu, cikgunya terlebih pula bilangannya. takpalah, bukan rezeki kok.
takpalah, sememangnya setiap pertemuan ada perpisahan. apa-apa pun, harap-harap pertemuan kita tak sampai disini sahaja. korang sentiasa dalam carta hati cikgu. yela, korang murid pertama cikgu kot yang banyak mengajar cikgu untuk jadi cikgu yang terbaik untuk akan datang. sayang kalian!
cikgu doakan kalian berjaya suatu hari nanti ya. Sayang Fillah, 4 Yusuf. jangan lupakan cikgu ya!
faiq, zakhwan, fadhlan, adam daniel, hazim, hafiz, haris, irfan, sufyan, aidid, nazrul, yusof, hidayat, amirul, adam haziq, hanis, hudson, hadif, aiman, omar, arif, nur hafiz, iqhwan, nayif, syed adam, uzair, asfa, dalilah, adriana, adleena, sharifah, ainin, anisah, auni, ainur, alya, izzah, marsya, amrina, cikgu akan ingat kalian sampai bila bila. maafkan cikgu yang banyak sangat kekurangan ni. jumpa lagi ya!


inilah anak murid kesayangan kak d sampai bila-bila, 4 yusuf. terima kasih untuk segalanya ya! love you.

terima kasih anak murid. semoga Allah limpahkan kebaikan yang besar untuk kalian. kalian akan sentiasa dirindui :)

alright itu sahaja. sayang sampai syurga!assalamualaikum.


Comments

Popular Posts