Ustazah Baru~ di sekolahku~

kah.

pergi mana-mana je mesti ada je suara-suara comel yang nyanyikan lagu tu. Cubalah sesekali nyanyi lagu ustazah ayu~ di sekolahku~ ke..kan baru matching dengan orang yang dinyanyikan tu. Kahkahkah (muntah ijo)

fuh.fuh ( tiup blog) berhabuk betul. lama juga kak D tak hapdate. Almaklumlah sekarang busy betul sampai rph pun belum buat lagi ni. KAH
ala kejap lah nak hapdate sat. sat nah~

Bismillah~

Alhamdulillah kak D baru je balik dari sekolah, ada maulid tadi. penat deh layan macam-macam kerenah budak-budak comel kat sekolah tadi. Ada yang kasut dengan selipar hilang lah, tertinggal van lah, botol air hilang lah kahkah comel betul engkorang ni, geli hati cikgu tengok. haih. Ntahlah, memang betul lah kata orang, kanak-kanak ni memang penawar hati. eh bukan harini baru nak rasa. Memang dari dulu lagi kak D dah rasa kanak-kanak ni memang penawar hati, penyejuk jiwa penglipur lara eceh haha . Alhamdulillah syukur sebab Allah bagi perasaan ni :)
haih ni pun dah rasa rindu dah dengan diorang. tak sabar nak jumpa engkorang ahad nanti. oh dhia, 3 rph jangan lupa eh. er

Haa sambung lagi.
kira harini kak D dah nak masuk 3 minggu kat sekolah dan nak seminggu dah mengajar. So far, Alhamdulillah untuk setakat ni segala urusan berjalan dengan lancar. Untuk setakat ni je la. Tak tahu lah kalau lepasni Allah akan uji kan. Sebab ada lagi 11 minggu untuk mengajar. Haih, moga Allah beri kekuatan sampailah habis nanti. Dan, untuk setakat ni juga cikgu-cikgunya pun okay Alhamdulillah, boleh adapt dengan diorang. Guru besar pun okay sangat-sangat. Syukur.

Untuk praktikal ni, kak D mengajar darjah 2 dengan darjah 4. Haih macam-macam kerenah budak-budak ni. darjah 4 yang kak D ajar semua okay-okaylah, boleh dengar cakap. dan darjah 2 pula, sebelum nak masuk kelas kak D memang kena minum air banyak-banyak dulu cari tenaga untuk jerit kuat-kuat nanti. Omputih kata standby gitu hahaha darjah 2 kelas kak D budak-budaknya memang ribena habis lah. ada yang suka terkinja-kinja ada yang suka jerit-jerit, ada yang suka minta hadiah, ada yang suka duduk atas lantai, ada yang suka nyakat kawan dia dan yang sewaktu dengannya lah haha aduh, pening dah bila throwback balik haha masa first-first masuk tu kan alahai tengok diorang ketot-ketot je. Nasib kak D tinggi. Kah. Lepastu bila time ajar diorang, diorang boleh fokus juga lah kadang-kadang kan terpaksa guna suara volume 10/10 lah haaa sebab mana taknya bila time mengajar ada yang kat belakang tu siap tidur lagi. peh, nasib cikgu ni ustazah ayu yang tak pandai nak marah budak kahkah (muntah biru). tapi seriusly lah i cakap, masa first day tu memang boleh dikatakan stress juga lah mungkin sebab rasa terkejut sikit tengok budak-budak bising sampai taknak ikut cakap. kak D sangka diorang ni boleh duduk diam dari mula kelas sampai habis (oh itu tidak mungkin sebenarnya) haha. haha mana taknya darjah 2 kot, diorang masih lagi fikir nak main je. ( i learn something). then lepastu habis je kelas terus jumpa guru kelas darjah 2 tu ceritalah tentang budak-budak ni semua. Guru kelas dia cerita, kalau nak buat aktiviti, kalau tanya diorang siapa nak buat aktiviti, haaa memang confirm lah semua nak. yelah main games kan seronok. budak-budak kan suka. haaa guru kelas dia kata pilih siapa yang paling senyap. haaa nanti diorang pun terpaksa senyap lah sebab nak main kan hahahaha aduhai anak-anak muridku~ penting sangat benda ni sebab nanti pensyarah penyelia akan tengok macamana kita kawal kelas semasa buat aktiviti. bagi kak D memang agak susah sikit nak buat aktiviti sebab budak-budak memang akan bising. haih anak muridku, janganlah kau bising masa cikgu kena selia nanti aduhai~ haaa bila second day nak masuk kelas diorang, kak D rasa macam takut je, rasa macam tak ready semua lah. sampai lah masa tu masuk, benda yang sama juga berlaku. kelas memang meriah habiss lah tapi apa-apa pun kak D cuba belajar memahami kerenah diorang and banyakkan bersabar. dan paling penting niat untuk didik diorang lillahitaala tu mesti kena ada dalam jiwa seorang guru. tegas bertempat tu mesti supaya budak-budak dengar cakap bukan guna emosi semata-mata. Kesian budak ni kalau hari-hari kena marah. Kalau kau dah pilih untuk jadi guru, maka kau kena belajar bersabar dan belajar untuk handle emosi. Kadang-kadang kita tak sedar mana tahu budak-budak pun tengah belajar menerima kita untuk jadi pendidik diorang yang diorang akan sayangi sampai bila-bila.betul tak? Kita tak tahu kan. Apa-apapun kena ikhlas :)
and now Alhamdulillah semalam dah kali keempat mengajar kelas diorang. kak D dah boleh adapt dah dengan suasana diorang. semakin hari semakin sayang. ni pun dah rindu dah dengan diorang. Kadang-kadangkan bila kat kelas tu kan ada juga rasa nak marah sebab bising taknak dengar kata tapi bila tengok time diorang cuba juga buat kerja kita then tanya, betul tak ni cikgu? (bayangkan budak darjah 2 cakap) dengan badan yang kenit comel bagai tu, hati perempuan mana yang tak melting?katakan cepat siapa. (pegang rotan) hahaha fuh panjang pula cerita aku ni hahaha then cukuplah aku rasa, diorang ni memang penawar marah kahkah (ni aku cerita pasal budak darjah 2 kelas aku tau)

haa, kalau darjah 4 pun erm macam tak ada beza juga dengan darjah 2 (maafkan cikgu ya kahkahkah) cumanya diorang ni kira dah boleh bawa diri diorang sendiri and dah boleh fikir nak belajar je. kalau darjah 2, diorang masih lagi rasa nak main je. tapi apa-apa pun cikgu ngaku yang engkorang ni memang comel. pernah sekali masa lepas mengajar tu, sambil tanda buku, tiba-tiba ada seorang budak ni mengadu.

"cikgu, saya tak selesa lah duduk sini.
.
aku pun macam risau juga kenapa tak selesa kan. sebab aku tengok kondusif je meja dengan kerusi dia. " haa, kenapa pula tak selesa?"
.
" hmm ntahlah. kalau saya nak duduk dalam hati cikgu boleh?ciah ciah ciah!"
.
" Allahuakbar." nasib ustazah hati besi.

kadang-kadang bila tengah mengajar ada je yang tanya, cikgu, cikgu ada pelampung tak. malas kak D nak layan, hahaha

ada juga suatu haritu, kat bus stop. ada seorang budak ni tengok je kak D. then dia tanya, cikgu, nak pikapline boleh? siap minta izin lagi tu hahaha.

haaa apa. (layankan jelah budak-budak ni dah lah masa tu kat busstop, semua orang tengah tunggu bas sekolah datang ambik)

ustazah. ustazah ada kilang gula-gula ke? (ada ada je kau ni)
.
ustazah hati besi pun jawab (kahkahkah) " tak ada lah, kenapa?
.
"tak, sebab saya tengok wajah ustazah ni manis macam gula-gula". (Hambek ko.patutlah semut selalu je naik kat atas muka aku) betul lah tu budak tu cakap. budak-budak mana pandai menipu. haha er

haih, terhibur pula rasa bila menaip semula cerita-cerita masa kat sekolah.
layan je la kerenah budak-budak. hilang sekejap rasa tekanan yang ada.

sungguh, sebenarnya hati ni rasa kalau boleh nak praktikal lama sebab ntahlah rasa tenang sangat bila dengan diorang. budak-budak kan? fitrahnya suci dan tak ada dosa. tapi apakan daya, tinggal lagi 11 minggu je lagi dengan diorang. tu belum tolak cuti penggal,baksis dan lain-lainnya. hm

takpalah. lupakan dulu.
sekarang masih ada banyak lagi masa untuk bersama dengan diorang kat sekolah. okay, harini, esok, lusa kita rehat dirumah dulu ya anak-anak muridku. tulat kita jumpa lagi! :D

apa-apa pun ni sekadar prkongsian saja sepanjang kak D menjadi cikgu praktikal disekolah.
cerita ni aku akan baca bila rasa rindu dan semestinya takkan lupa :)

haa, nak kongsi beberapa gambar keletah anak-anak murid di sekolah sepanjang maulidurrasul tadi~

tengok, mana ustazah tak melting~

ingat lelaki tak romantik ke? kuikuikui terima kasih sebab bagi saranghae kat cikgu. kah

kompang boy~ baju merah tu salah sorang anak murid kelas cikgu ya haha

comel betul. haih

terharu ustazah tengok engkorang sayang pada nabi :')

nasyid girl :)

fuh harini full time jadi camera man. bantai aje  XD 
nanti kak D masukkan gambar anak-anak murid yang kak D ajar.
okay, assalamualaikum.



Comments

Popular Posts